"Social Enterprise Sabah" yang akan dilaksanakan melalui program ini adalah :
- Pembentukan Komuniti Peruncit &Pemborong Daerah - Mensasarkan jualan produk komuniti tempatan di semua kedai runcit dan borong.
- Penjenamaan Produk Mengikut Kategori Daerah - Mengurangkan persaingan dalam pasaran dengan menjenamakan produk komuniti secara kolektif.
- Latihan Penghasilan Produk Mengikut Permintaan Peruncit Pasaran Kepada Komuniti Terkhusus - Menggelakan limpahan produk, persaingan sekaligus membantu pemasaran bersasar.
- Pembangunan Rangkaian Pengedar &Pusat Pengumpulan Produk - menggurangkan risiko terputus bekalan dan memudahkan akses peruncit mendapatkan bekalan produk terpilih.
- Penggunaan Aplikasi Digital Social Commerce Community Sabah - Pertama di Asia, menerapkanteknologi digital dalam komuniti bagi memperkasakan transaksi dan pemasaran produk komuniti yang memiliki pelbagai fungsi.
- Program Jaminan Keterjaminan Makanan Melalui Kontrak Peladangan Komuniti - Membangunkan komuniti untuk terlibat didalam penternakan, perikanan dan perladangan dengan teknologi, operasi, pemasaran dan jualan melalui peladangan kontrak di bawah vendor dan pelabur di bawah persatuan.
- Pembangunan Kemahiran TVET Berpendapatan - Program pertama di Malaysia para peserta dilatin membangunkan produk komuniti, mendapatkan pendapatan, menjalankan aktiviti pemasaran mengikut modul industri yang melayakkan mereka mendapat persijilan dan diploma TVET, o l e Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Program ini memberi peluang kepada komuniti yang tidak berpeluang melanjutkan Pelajaran dan dilatih secara praktikal untuk membina kemahiran sambil memperoleh pendapatan tinggi.